Days till our first baby


92- Hospital atau pasar borong atau stesen bas atau kedai kopi...

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru empat hari di Tropical Medicine Unit, rasa bagaikan seperti empat minggu. Ditempatkan dalam sebuah bilik wad yang memuatkan lebih kurang 10 katil, bersama dengan hampir 70 orang pelajar yang lain. Lebih-lebih lagi majoriti adalah wanita.

Pelik, tiap kali jumpa pasti akan ada pelbagai cerita yang akan diceritakan. Rasa bagaikan berada di stesen bas, kadang-kadang rasa sedang berjual beli di pasar borong, ada masa juga rasa sedang mendengar orang yang berbual di kedai kopi.

Kesian pak cik-pak cik yang sedang sakit. Sudahlah sakit, perasaan untuk melawan rasa sakit pun turun naik, tapi bila ditambah dengan bunyi-bunyian yang tidak diketahuinya pula, terasa nak pecah kepalanya. Bila ditegur, senyap seketika, tapi berbunyi balik.

Kawan-kawan, kalau hendak berbual, boleh, tiada orang menghalang, tapi biarlah kena tempat. Dalam wad orang sakit, kalau hendak berbual pun, janganlah sampai nak berjual beli. Kesian sikit pada pak cik-pak cik yang tengah sakit. Kalau kita yang sedang sakit, orang datang buat bising, tentu kita rasa tertekan. Betulkan?

p/S: Jom semangat ke kelas Tropical Medicine.
Salam Sayang

1 orang berkata-kata:

arifadela said...

ramai gle dlm 1 kls...
standart arab boh...

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits