Days till our first baby


101- Selamat Pengantin Baru

بسم الله الرحمن الرحيم


Tanggal 31 Julai 2010, salah seorang sahabat atau rakan atau kenalan telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan isteri pilihan hati. Rasa terharu dan gembira melihat seri wajah pengantin yang bersinar di wajah mereka berdua. Hanya kiriman doa "Semoga berbahagia dan mengecapi kebahagian sehingga ke syurga hendaknya"

Tidak dapat hadirkan diri ke majlis, dapat tengok gambar pun dah rasa gembira. Tahniah Mohd Ridzuan Samad dan Isteri.

Photobucket
Due dan Isteri

Rasa baru tahun lepas naik motosikal pergi sekolah dengan dia semata-mata untuk pergi perkhemahan BOMBA peringkat Kelantan. Tapi sudah 5 tahun kisah itu, tidur di masjid kerana asrama berkunci. Kalau tidak silap, kali terakhir merempit dengan dia tahun 2007, sebab pergi sekolah jumpa cikgu-cikgu kesayangan. Balik lewat malam, bermalam di rumah dia. Bukan hendak balik lewat, tapi lepas hantar Zakwan balik rumah, minyak motor kepunyaanku habis. Hampir 5KM acara menunda motor untuk sampai ke stesen minyak. Itulah penyebabnya lewat balik.

Balik tahun lepas, nasib baik sempat jumpa dia. Itulah kali terakhir jumpa dan keluar dengan dia pergi ke KB. Sekarang, rasanya agak susah untuk mengajak dia keluar lagi. Harap di kau bahagia Ridzuan.

Gambar sekitar majlis, tapi ada tiga sahaja yang diletakkan di sini.

Supremacy's Girls
Supremacy's Girls yang pergi majlis.

Supremacy's Men
Supremacy's Men yang hadir.

Kalau hendak tengak yang selebihnya, tekan di sini dan di sini
Salam Sayang

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits