Days till our first baby


103- Genap setahun pemergiannya

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, kali ini masih diberi kesempatan untuk merasakan nikmat Ramadhan. Hari ini adalah hari ke-3 Ramadhan bagi tahun 1431 Hijrah.

Hari ini, maka genaplah setahun pemergian arwah ayah yang disayangi menemui-Nya. Pemergiannya amat memberi kesan yang besar buat keluarga. Pemergiannya amat dirasai oleh ahli keluarga, malah orang kampung.

Masih jelas di fikiran, 3 Ramadhan 1430 Hijrah, lebih kurang, 1 jam sebelum berbuka puasa, waktu yang amat bersejarah dalam hidup ahli keluarga. Pemergiannya amat senang dan tenang sekali. Hampir seminggu meneman arwah di hospital sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

"Ya Allah, Kau tempatkanlah roh ayahku bersama dalam golongan orang yang beriman kepada-Mu. Kau jauhilah dia dari azab kubur dan seksa neraka-Mu ya Allah. Kau ampunilah segala dosa-dosanya semasa dia masih hidup, semasa dia sihat, semasa dia sakit."

Salam Sayang

2 orang berkata-kata:

peminat said...

Takziah. Walaupun arwah sudah tiada, semoga segala pesanan, nasihat dan harapan beliau terus hidup di dalam hati penulis....

niktaufik said...

terima kasih atas peringatan itu..
selamat berpuasa...

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits