Days till our first baby


111 - 130411

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalmualaikum...
Rasa seperti baru sahaja tiba di Mesir selepas pulang untuk revolusi Mesir baru-baru ini. Ini bukan untuk mengulas atau menceritakan pengalaman semasa revolusi di Mesir, jadi jangan salah anggap.

13 April, amat bermakna juga dalam hidup penulis sebagai seorang pelajar di Mesir kerana telah tamat peperiksaan akhir semester IX bagi tahun Lima di Universiti Iskandariah. Alhamdulillah, syukur sangat, harap-harap keputusan yang akan keluar nanti berbaloi dengan apa yang telah penulis usahakan.

13 April, genap sebulan perkahwinan penulis dengan isteri penulis. Sebenarnya, penulis lebih suka untuk mengingat tarikh dalam kalendar Islam. Oleh itu, mengikut kalendar Hijrah, 8 Jamadil Awal adalah genap sebulan perkahwinan kami. Alhamdulillah, kami masih dalam proses mengenal antara satu sama lain. Walaupun berjauhan, tapi kami masih boleh berhubung. Terima kasih Ayang, Abe sangat mencintai Ayang.

130411, banyak perkara berlaku hari ini, tapi tidak semua perkara boleh diceritakan di sini, betul atau tidak? Jawapannya ada di minda pembaca sekalian, oleh itu bagi sesiapa yang gemar menulis blog atau apa saja berkaitan dan sama waktu dengannya, diingatkan jangan terlalu gemar menceritakan keseluruhannya ke dalam dunia alam maya ini. Maka, berhati-hati semasa menulis.


Ayat terakhir dari penulis, "Berjaga-jaga sebelum anda dijaga orang."
Salam Sayang

1 orang berkata-kata:

khairi malik said...

kena dengan label post ni,"melayang-layang". memang melayang bila saya baca post ni.

romantik sungguh! :D

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits