Days till our first baby


112- Selamatkanlah perjalanan isteriku

بسم الله الرحمن الرحيم

6 Mei 2011, jam 0315. Hari ini merupakan hari pertama bagi isteriku keluar dari Malaysia seorang diri. Musafir dia kerana ingin ke mari menemani ku di sini. Ku harap inilah kali pertama dan kali terakhir bagi dia bermusafir seorang di untuk perjalanan yang begitu jauh.

Bukan kerana tidak ingin membawanya bersama pada 19 Mac lalu, tapi kerana atas beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa meninggalkannya di Malaysia buat sementara waktu, tapi sungguh, aku menyesal kerana membiarkan dia bermusafir seorang diri. Kalau di dalam Malaysia, aku tidaklah risau, tapi ini beratus-ratus batu, beribu-ribu kilometer berjauhan. Berjauhan dari keluarga, berjauhan dariku.

Moga perjalanannya akan selamat.

Masih risau walaupun sudah berpuluh-puluh kali cuba untuk memujuk diri sendiri, meyakinkan diri sendiri. Aku rasa seperti ingin terbang pulang ke Malaysia petang tadi semata-mata untuk datang bersama dengan dia.

"InsyaAllah, ayang selamat. Abe jangan risau, abe tunggu ayang di epot je nanti. Jangan bagi ayang yang tunggu abe." pesanan isteriku setiap kali kami berbincang tentang penerbangannya.

"Ya Allah, selamatkanlah perjalanan isteriku, permudahkan segala urusannya dan urusan ku nanti. Hanya kepada Mu yang mampu kami memohon kerana tiada Tuhan yang layak kami pohon melainkan Mu Ya Allah."


Salam Sayang

0 orang berkata-kata:

Post a Comment

 
Perubatan Cawangan Iskandriah UPI Iskandariah Alex Academic Team PERUBATAN.ORG
© Copyright 2011 Katakan Ia dari Hatiku V2 Design by niktaufik. Edited by niktaufik

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 8.0 dan Firefox 3.0 dengan resolusi skrin 1280 x 1024 piksel

track website visits